Aug 1, 2011

Rumah Baru




Salam buat semua...
Lama sungguh rasanya saya tak update blog kesayangan saya ne..
dah berhabuk dan bersawang pun....juga selamat menjalani ibadah puasa buat semua teman-teman...

hari berganti hari bulan bertukar bulan tahun pun dah bertukar tahun...banyak perubahan dalam hidup saya sekeluarga...

Sebelum ini saya bekerja mengikut arahan majikan dan menanti awal bulan menerima gaji dan selesa dengan masa office hour tetapi kini semuanya berubah setelah bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan bersama suami...banyak cabaran dan dugaan yang perlu di tempuh untuk memajukan perniagaan kami...

Di kesempatan ini saya memohon teman2 di sini mendoakan akan kejayaan saya dan suami.
Jika sudi dan berminat dengan laut bolehlah berkunjung ke blog perniagaan saya di http:nazboat.blogspot.com

Jul 1, 2010

Majalah Ilmiah Untuk Semua

Salam pagi khamis buat semua...baru hari ini saya dapat memulakan tugas seperti sediakala setelah mengambil MC beberapa hari di sebabkan demam yang berpanjangan.Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana mengembalikan kesihatan kepada saya seperti biasa.

Berehat di rumah ketika kesihatan tidak mengizinkan memberi saya peluang membaca beberapa buah buku dan majalah yang tidak sempat untuk saya menghabiskan pembacaan.Yang benar-benar menarik perhatian saya adalah majalah solusi edisi ulang cetak.

Ulama-ulama terdahulu sangat mengambil berat soal sumber rezeki,kerana itu sangat menentukan corak keperibadian seseorang...jadi berhati-hatilah jangan KERANA REZEKI MASUK NERAKA...NAUZUBILLAH.

Benar-benar menginsafkan sebagai seorang manusia yang lemah di sisinya apabila saya membaca kandungan bertajuk REZEKI HARAM RAGUT KETENANGAN penulis oleh Pahrol Mohd Juoi.Banyak kupasan-kupasan yang di utarakan dan contoh-contoh yang berlaku pada masyarakat kita pada hari ini dapat menjadi panduan buat kita dalam menempuh kehidupan seharian.Kisah seorang ibu mengeluh atas perlakuan anaknya yang suka mencuri barang sekolah kawan-kawannya seperti pensil,pemadam dan sebagainya.Si ibu telah memarahi dan memberi nasihat kepada si anak namun si anak masih meneruskan sikapnya sedangkan menurut si ibu dia telah memberi pensil dan pemadam di pejabat tempatnya bekerja kepada si anak.Jelasnya di sini bagaimana sikap si ibu seperti mengajar anaknya berjalan dengan betul sedangkan dia sendiri tidak buat dengan betul dan teladan yang baik.Begitu juga yang berlaku pada diri kita hari ini mungkin tidak memanfaatkan dengan betul waktu bekerja yang di amanahkan oleh majikan untuk kita bekerja tetapi kita gunakan dengan borak2 kosong,berchatting ataupun perkara yang tidak sewajarnya...

Bunga,Duit Kopi,Daging Babi...penulis oleh Abu Asif
Kandungan di sini amat memanfaat untuk semua.Orang melayu sangat membenci khinzir (babi) persoalan yang timbul mengapa ada perkara haram yang tidak di pandang jijik sejijik babi.Kita dapati ramai orang melayu yg tergamak memakan rasuah yg hakikatnya lebih jijik dan besar dosanya berbanding memakan babi.Kenapa sesetengah umat islam tidak membenci rasuah seperti mana mereka membenci babi?mungkin sebab itu wang rasuh di tukar istilah menjadi duit kopi semacam riba yang dulunya di panggil duit bunga..indah bunyinya..terasa cantik dan terhormat sebutannya mungkin.Banyak lagi yang hendak saya kongsikan di sini tetapi di sebabkan kekangan waktu saya akhiri di sini.Sekiranya sahabat saya belum memiliki majalah ini ada baiknya jika sahabat2 saya di sini yang sudi membaca coretan saya mendapatkan dan membeli majalah solusi di setiap keluaran.
* Saya tiada sebarang agenda kepentingan mempromosi majalah ini hanya sekadar berkongsi perkara yang bermanfaat buat kita semua.






Jun 24, 2010

Muffin Pisang Coklat Rice

Lama rasanya tak membuat makanan favourite saya sekeluarga.Terasa kat tekak nak makan banana muffin.Dah lama skodeng kat blog kak hanieliza..tp,tak jugak buat-buat...akhirnya buang perasaan malas yg bersarang kat badan..dapat gak buat...
Untuk kak hanieliza..TQ byk2 coz sudi share resipi to all people.
Mintak di halalkan ye kak resepinya..



Inilah hasilnya...memang sedap..tak nyesal buat.
Untuk yang teringin membuatnya..jgn takut,Insyallah jadi...resepinya saya ada letakkan di bawah...selamat mencuba.


MUFFIN PISANG COKLAT RICE

Bahan :
140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang (gantikan dgn gula yg dikisar halus.stok gula perang dah habis)
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ] ayakkan
1 s/k baking powder ]
1 cawan pisang - hancurkan [4 biji pisang berangan] saya guna pisang emas
2 s/b susu tepung (guna susu anak..he..he..sedap jek..)
1/2 cawan coklat rice (coklat rice dah habis..so..ganti dgn coklat chips..pun sedap jgk)

Cara
1. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebti.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkan.
4. Masukkan pisang dan susu tepung. Kacau rata.
5. Masukkan coklat rice dan kacau lagi.
6. Masukkan adunan dalam muffin cup.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai kuih dan hidangkan.

Jun 22, 2010

Kek Coklat Kukus

Salam Ceria...pagi2 lg cuaca dah mendung kat bandar JB..hujan pun mula dah turun.Bestnya kalau dapat tilam dgn bantal..zzzz..

Gambar kat atas adalah kek coklat kukus atas permintaan anak-anak terutamanya Damia yg sibuk nak kek..kesian tengok dia asyik buka tutup peti ais usik sana usik sini..maka ibunya pun buatlah satu biji kek yg very simple...yg penting dia happy...kek yg belum ada topping lagi.


yeah...kek yang siap pakai baju...topping yang simple jgk..yang penting sedap di makan.


ne lah dia 2 orang puteri yg berangan potong birthday cake...pada hal birthday diaorang berdua dah lps..ibunya kat dapur,tak terkata apa bila menjengah ke ruang tamu..si ayah sibuk suruh anak2 posing kat dpn camera...yg kelakarnya cuma alas dgn newspaper saja...alahai..apa2 je..yang penting anak2 happy...walau pun kek yang di topping tak sesempurna mana..bolehlah...



Jun 21, 2010

Ikan Kerapu Sweet Sour

Salam dan selamat pagi buat semua.....lama betul tak menjengah rumah kedua ne..rindu sangat2...dari hari ke hari tangan ne gatal nak menaip sebarang n3 di sini..tp kesempatan yg ada tidak mengizinkan..alang2 ada kesempatan di sini,eza tak nak lepaskan peluang mencoretkan serba sedikit pengalaman memasak yg tidak seberapa ini...maklumlah hanya chef untuk rumah sendiri sahaja...


Inilah rupa ikan kerapu...masih fresh lagi...hanyir pun tak ada.Sebenarnya ikan ne pemberian dari mak tersayang semasa saya pulang ke kampung.Ikan ne mak saya dapat dari jiran di kampung yg pergi ke laut...mak saya pun dah tak heran dgn ikan camne..blh plk mak ckp dia dah jemu makan ikan kerapu..pulak dah..agaknya org kampung saya pun dah tak heran ikan yang mahal bg orang yang tinggal di bandar macam saya.

Kalau kat JB memang saya tak pernah beli & memasak..sebabnya,pernah company saya buat jamuan di salah sebuah seafood restoran di perling pada awal tahun yg sudah..salah satu menu yg di order adalah ikan kerapu masak sweet sour jgk..saya hanya mampu makan secubit sahaja isi ikan, yg selebihnya past kat org lainlah yg sanggup makan...harap harga sahaja yg mahal..bau hayir ikan tak usah cakaplah...bila di tanya2 ikan tersebut dari mana..rupa2nya ikan kerapu yg di bela..di ternak...patutlah hanyirnya kuat sangat...


Akhirnya saya masaklah ikan kerapu sweet sour..sedapnya..manis rasa ikan dan pejalnya isi,tu yang kaw...mak mentua lalu sebelah pun tak perasan...saya masak 2 ekor, sekali lunch saja dah hbs..tak da yg berbaki...


May 6, 2010

Selamat Hari Ibu...

Selamat hari ibu buat bonda tersayang.......
Pn. Fatimah Binti Saharap.


Walaupun tarikh 9hb May belum tiba lagi..namun pada kesempatan yang ada ateh nak ucapkan selamat hari ibu buat emak.Semoga mak sentiasa sihat...ceria selalu..mak, jangan sedih2 ...ateh senantiasa doakan mak dipanjangkan umur.. dilimpahkan rezeki..semoga kebahagiaan keluarga kita berkekalan sehingga ke akhir hayat...

mak,
Ateh juga nak mak tau bahawasanya ateh terlalu sayangkan mak...sayang sangat-sangat....

Ateh menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada mak sekiranya ateh ada membuat kesilapan secara sedar atau pun tidak yang menyebabkan hati mak tersinggung.maafkanlah ateh.. Ateh terlalu kerdil di bumi ini...maafkanlah jika ateh khilaf dalam meniti hidup ini...

Bagi ateh,setiap hari adalah hari ibu...ibu yang banyak berkorban...bersengkang mata di dalam membesarkan anak-anakmu...jerih perit mak menjaga kami adik-beradik amat kami hargai...

Selagi nyawa di badan hargailah ibu anda...tanpa IBU tiadalah kita di dunia ini....

SELAMAT HARI IBU BUAT WANITA YANG BERGELAR IBU...SESUNGGUHNYA KITA ADALAH ISTIMEWA DI MATA MEREKA...

Apr 23, 2010

Butter Cheese Cake

Salam Jumaat buat teman2 yg berkunjung ke blog eza.Lama rasanya eza tak update n3 masakan terbaru.Kesibukan masa dah semestinya...kali ne eza dpt peluang jgk buat butter cheese cake..dah lama mengidam.stock bluebeery filling tak byk dlm simpanan hanya utk cukup2 jek..bolehlah..janji masuk perut.memang mebeles rasa cheese cake ne...slps beberapa jam kek ne sejuk,lg terasa... kesedapannya..macam ne nak kena buat lg...he..he..pastu kena timbanglah badan aku..mau berkilo2 naik..

Resepi ini eza dapat dr baiduri myr...thanks coz sudi share dgn all people.Sangat2 sedap...eza tak guna waterbath..hanya bakar dgn
suhu 150c selama 70-80 minit dgn guna api bawah
dan 10 minit terakhir eza guna suhu 130c guna api atas bawah.kalau tak buat waterbath..mesti kena rajin tengok suhu oven..nanti tak pasal2 cheese kek jadi rentung.

Kalau sapa2 yang rajin nak membuat..eza sertakan resepi di sini .

BUTTER CHEESE CAKE
  • 200 gm butter
  • 200 gm cream cheese
  • 250 gula castor (eza guna gula 230gm)
  • 5 biji telur (eza guna telur gred B)
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu baking powder (eza letak 2 1/2 sudu)
  • Jam untuk topping hiasan(eza guna blueberry filling
  • * tepung+ baking powder eza ayak sebanyak 2 kali.
Cara membuatnya :

pukul butter,cream cheese & gula hingga sebati dan kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi hingga sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Hiaskan topping atas adunan.eza letak topping filling selepas bakar.bakar dgn suhu 180c guna cara waterbath @ blh ikut cara eza seperti di terangkan di atas.

Selamat Mencuba....